fbpx

1,892 PATI pelbagai negara diusir dari Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI yang telah diusir dari Selangor

SHAH ALAM – Jabatan Imigresen Selangor telah mengusir seramai 1,892 pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara asal sepanjang tempoh lapan bulan tahun ini.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, berkata, kesemua PATI tersebut diusir setelah selesai menjalani hukuman di negara ini.

Beliau berkata, PATI yang paling ramai diusir adalah warga Indonesia dengan 722 individu.

Ini diiikuti negara Myanmar melibatkan seramai 380 individu, Bangladesh (163), Thailand (135), Pakistan (100) India (87) dan Vietnam (83) serta China (64).

“Pengusiran PATI lain adalah warga Nepal (30), Sri Lanka (28), Kemboja (27), Syria (17), Nigeria (15) selain Filipina (7).

“Paling rendah diusir adalah warga Yemen (6) dan masing-masing dua bagi Mongolia dan Singapura serta lain-lain (24),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu, berdasarkan rekod juga menunjukkan bulan Mac mencatatkan pengusiran PATI paling tinggi dengan 328 individu diikuti Ogos (307), Februari (272) dan April (239).

Khairrul Aminus menambah, antara kesalahan yang dikesan masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit sah serta langgar syarat pas.

“Operasi terus akan dipergiatkan dalam membanteras PATI. Pemilik premis dan majikan diingatkan agar tidak melindungi atau membenarkan PATI bekerja dengan mereka.

“Tindakan tegas dikenakan sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang negara yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara dan ketenteraman awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI