fbpx

[VIDEO] Lelaki baju merah lintas jalan, lompat arah kereta bergerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lelaki berbaju merah melintas jalan lalu melompat ke arah kereta 17 September lepas.

KAJANG – Seorang tukang cuci diberkas polis ekoran perbuatan berbahayanya melintas jalan dan melompat ke arah kenderaan bergerak sekitar bandar Sungai Long, di sini, 17 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dua kenderaan terbabit dalam kemalangan berpunca daripada tindakan lelaki berkenaan.

Katanya, rakaman papan pemuka (dashcam) berdurasi 14 saat dikesan tular di Facebook yang memaparkan tindakan lelaki itu melintas jalan lalu melompat ke arah kenderaan.

“Perbuatan lelaki itu menyebabkan berlaku kemalangan terhadap pengguna jalan raya lain kira-kira pukul 11.53 pagi.

“Suspek yang berbaju merah dan berseluar hitam dipercayai bukan warga tempatan telah meninggalkan tempat kejadian manakala tiada sebarang butiran atau pengenalan diri diperoleh darinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, polis menahan suspek berusia 32 tahun di kawasan bandar Sungai Long, di sini, pada pukul 6 petang tadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

“Motif suspek masih dalam siasatan manakala ujian saringan air kencing juga masih dalam proses,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat kejadian supaya tampil ke balai berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamed Faeez Norzah di 013-2663407. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI