GEORGE TOWN – Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim menepati ramalan apabila secara rasmi dilantik sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang yang baharu bagi penggal 2024/2027.
Steven dipilih sebagai Pengerusi DAP yang baharu menggantikan Chow Kon Yeow yang menerajui parti itu sejak 25 tahun lalu, manakala Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang meraih undian tertinggi dalam pemilihan dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Negeri. – KOSMO! ONLINE