fbpx

Seorang melecur bilik terbakar 80 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bilik di pangsapuri berkenaan.

GOMBAK – Seorang lelaki dikejarkan ke hospital akibat badannya melecur dalam kebakaran sebuah rumah pangsapuri lima tingkat di Jalan 2A/5 Bandar Baru Selayang Fasa 2A Batu Caves Selayang, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 11.32 pagi tadi.

Katanya, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan Rawang dikejarkan ke lokasi.

“Sebuah bilik di dalam rumah yang berada di tingkat tiga pangsapuri terbabit terbakar kira-kira 80 peratus. Seorang lelaki warga Indonesia berusia 40-an didapati terlibat dan melecur pada bahagian badan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau lagi, kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan dan ketua balai telah dimaklumkan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI