fbpx

Saya dan Raja Zarith Sofiah harungi banyak pengalaman pahit, manis – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.

PETALING JAYA – “Saya dan Raja Zarith Sofiah (Raja Permaisuri Agong) telah mengharungi banyak pengalaman pahit dan manis bersama-sama.”

Demikian titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam menzahirkan rasa syukur sempena ulang tahun perkahwinan Seri Paduka Baginda yang ke-42 tahun, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, Baginda berasa syukur kepada Allah SWT di atas kebahagiaan yang dikurniakan hasil perkahwinan selama lebih empat dekad.

“Kami diberkati dengan enam cahaya mata dan enam cucunda yang melengkapkan keluarga kami dan berharap akan bertambah lagi pada masa akan datang” titah Seri Paduka Baginda dalam satu hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI