fbpx

Ribut petir, hujan lebat di enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah diramalkan mengalami ribut petir dan hujan lebat malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, Terengganu melibatkan daerah Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Pahang di Raub, Jerantut dan Kuantan. Negeri Sembilan di Jempol, manakala Johor di Mersing. Sarawak di Kuching (Bau dan Kuching), Serian,
Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song),” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan diramalkan mengalami mengalami ribut petir dan hujan lebat di Sabah malam ini adalah Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau)

Kata MetMalaysia, turut diramalkan mengalami cuaca buruk malam ini adalah Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Tawau.

Dalam pada itu, MetMalaysia memaklumkan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia akan dilaksanakan di Pejabat Perikanan Daerah Kemaman esok antara pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja. MET Malaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN