fbpx

Polis pantau media sosial kongsi pendedahan GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau media sosial berhubung sebarang kenyataan yang dikeluarkan individu khususnya ahli, saksi atau pihak berkaitan siasatan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) diberikan peranan bagi memantau media sosial.

“Ini berikutan dikesan terdapat pihak berkaitan GISBH, individu, bekas ahli dan lain-lain yang membuat kenyataan mahu pun pendedahan di media sosial.

“Sebarang pendedahan dan maklumat, kita (polis) minta mereka ini tampil salurkan bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut beliau, siasatan berhubung kes GISBH masih dijalankan susulan operasi besar-besaran Op Global yang dilakukan di seluruh Semenanjung Malaysia semalam.

“Kita fokus dengan perkara ini dahulu sebelum ke fasa seterusnya,” ujarnya.

Semalam Kosmo! melaporkan, polis menahan seramai 31 lagi ahli GISBH termasuk 17 individu yang memegang jawatan di dalam organisasi tersebut.

Semua individu terbabit ditahan dalam operasi bermula 18 September di Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah (Sempadan Malaysia-Thailand).

Permohonan reman bagi semua tangkapan tersebut telah dibenarkan selama tujuh hari dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. – KOSMO! ONLIN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI