fbpx

Penjenamaan semula, Syamim Farid kini Syamim Freida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamim kini ingin dikenali sebagai Syamim Freida sebagai penjenamaan semula dirinya. - NURUL NAJWA HASRAN

KUALA LUMPUR – Selama 10 tahun dikenali dengan nama pentas Syamim Farid, pelakon dan pengacara itu kini mahu dikenali sebagai Syamim Freida sebagai penjenamaan semula dirinya untuk imej lebih segar.

Kata Syamim atau Toh Puan Syamim Mohd. Farid, 33, panggilan komersial itu adalah gabungan namanya bersama ibu bapa yang diharap menjadi pengukuh terhadap perjalanan karier seninya termasuk ke negara seberang.

“Nama pentas yang baharu ini menggantikan Farid dengan Freida yang juga gabungan nama emak dan ayah saya bertujuan untuk tampil dengan aura lebih segar.

“Bagi saya selepas lebih sedekad dalam industri seni, penampilan baharu ini menandakan saya mahu terus aktif dan menggandakan usaha sama ada dalam lakonan mahupun pengacaraan.

“Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya ubah kerana ramai dah kenal Syamim Farid, tidak mengapa, lama-kelamaan orang akan biasa,” katanya ketika ditemui pada pelancaran program bual Tiga Is3, baru-baru ini.

Menurut isteri kepada kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Al-Haj itu, restu suami turut mendorongnya mengembangkan kerjaya ke Indonesia dengan menerima tawaran membintangi sebuah filem.

Akui Syamim, awalnya dia mengikuti kelas lakonan dan mempelajari bahasa Indonesia di Jakarta yang membuka jalan kepadanya beraksi bersama produksi lokal.

“Pada awal tahun ini saya mengambil kelas lakonan dan bahasa di Indonesia. Dari situ ada pengarah menawarkan saya menjalani uji bakat, alhamdulillah saya ‘sangkut’ tetapi perlu berulang-alik ke sana.

“Suami memang bagi galakkan, tiada sebarang syarat pun. Memang dah rezeki saya dapat melangkah ke Indonesia yang membuatkan saya yakin masanya sangat tepat.

“Ikut jadual penggambaran bermula pertengahan bulan depan yang mengambil masa sekitar tiga bulan untuk disempurnakan, tapi saya akan kerap pulang kerana terikat dengan rakaman Tiga Is3,” katanya.

Diterbitkan FYP Media, Tiga Is3  disiarkan pada 22 September bersempena Wife Appreciation Day dan sebagai permulaan, tiga episod akan ditayangkan setiap hari Ahad, pukul 5 petang menerusi YouTube FYP Media. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI