fbpx

Pegawai rendah polis ditahan menyamar Inspektor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai rendah polis yang memakai vest polis berpangkat Inspektor ditahan selepas menyamar sebagai pegawai kanan polis.

KOTA SAMARAHAN – Seorang pegawai rendah polis yang ponteng tugas ditahan selepas menyamar sebagai pegawai kanan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintenden Jaimi Husin, berkata, suspek bersama seorang lagi lelaki ditahan semalam oleh unit peronda setelah terserempak dengan sebuah kereta Perodua Bezza dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah bangunan, di sini.

“Semasa pemeriksaan dibuat, seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan memakai vest polis berpangkat Inspektor dan terdapat sarung pistol di pinggangnya.

“Selepas disoal lanjut, lelaki terbabit mengatakan bekerja di Unit Cawangan Khas Bukit Aman dan sedang membuat tugas risikan di lokasi berkenaan.

“Apabila diminta kad kuasa polis untuk sahkan identitinya, maka lelaki itu memberitahu tertinggal di rumah dan hanya memberi kad pengenalan awam. Setelah disemak kad pengenalan awam berkenaan tertera nombor polis RF,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata dengan bantuan empat orang anggota Ronda Cegah Jenayah (CPJ) Balai Polis Kota Samarahan yang ke lokasi, hasil pemeriksaan lanjut, lelaki terbabit mengaku bertugas sebagai pegawai rendah polis sedang bercuti selama dua minggu.

Jaimi menambah, pasukan CPJ kemudian menghubungi balai polis tempat lelaki terbabit bertugas dan dimaklumkan dia tidak hadir tugas dari Mac lalu sehingga sekarang.

Katanya pegawai rendah polis itu bersama rakannya termasuk kereta, vest polis serta pangkat Inspektor dan sarung pistol telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI