fbpx

Op Global: 63 barangan berkait ajaran sesat dijumpai di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan tanda perniagaan menempatkan premis Ikhwan Cafe di Perlis dipercayai diturunkan sejak Khamis lalu.

KUALA PERLIS – Dua rangkaian premis perniagaan milik GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan polis dalam Op Global, di sini semalam.

Kosmo! difahamkan, operasi tersebut dilaksanakan kira-kira pukul 10 pagi di deretan premis perniagaan di kawasan tumpuan pelancong tersebut.

Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim berkata, pegawai penguat kuasa agama JAIPs menemui sebanyak 63 barangan antaranya buku-buku berkaitan ajaran kumpulan yang difatwakan sesat di negeri itu.

“Operasi berkenaan dilaksanakan bagi tujuan penguatkuasaan selaras Fatwa Ajaran Sesat Berunsur Batiniah yang telah diwartakan pada 28 Ogos 2024.

“Sehubungan itu, umat Islam di seluruh Perlis dinasihatkan untuk menjauhi ajaran yang telah difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis,” katanya di sini, hari ini.

JAIPs turut meminta agar mana-mana pihak dan individu untuk tampil memberikan maklumat berkaitan ajaran ini untuk tindakan pihak berkuasa.

Tambahnya lagi, tindakan lanjut akan dilaksanakan JAIPs mengikut lunas perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa di negeri Perlis.

Kosmo! pada Jumaat lalu melaporkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan ajaran dan kepercayaan dalam GISBH mengandungi unsur ajaran sesat, khususnya berkaitan dengan fahaman batiniah.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, ajaran ini merupakan kesinambungan dari ajaran al-Arqam yang telah difatwakan sebagai sesat sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI