fbpx

‘Musuh-musuh kau tunggu di akhirat kelak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nota dipercayai dtinggalkan pengikut GISBH di sebuah pusat latihan kuda yang diserbu pihak berkuasa di Lembah Bidong, Setiu semalam.

KUALA TERENGGANU – Sepasukan anggota pihak berkuasa termasuk polis yang membuat serbuan di sebuah pusat latihan kuda milik GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Lembah Bidong, Setiu semalam dikejutkan dengan nota amaran dipercayai ditinggalkan pengikut organisasi tersebut.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, nota ditulis pada dinding pusat latihan kuda terbabit mengancam kononnya pihak berkuasa yang mengambil tindakan terhadap mereka bakal menerima balasan di akhirat.

“Mereka juga meluahkan perasaan tidak berpuas hati mendakwa tindakan penguatkuasaan tersebut diambil ekoran tohmah di media sosial.

“Ia dipercayai ditinggalkan pengikut organisasi tersebut sebelum dikatakan menghilangkan diri tidak lama sebelum serbuan dilakukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Aizi Saidi berkata, sewaktu serbuan dilakukan, pusat latihan kuda itu yang dipercayai disewa GISBH didapati telah dikosongkan.

Tambah beliau, siasatan awal percaya pusat latihan kuda tersbut disewa GISBH pada kadar RM8,000 sebulan dengan 13 ekor kuda dipelihara di lokasi itu.

“Selain pusat latihan kuda, GISB juga mempunyai masing-masing sebuag restoran dan kedai bakeri di negeri ini,” katanya.

Aizi Saidi berkata, biarpun begitu, pihak berkuasa termasuk JHEAT akan terus melakukan pemantauan pengikut GISBH terutama melibatkan aktiviti mencurigakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI