fbpx

Murid terkesan banjir, terus belajar guna kaedah PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Semua Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang terkesan banjir dan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) akan meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran serta pembelajaran di rumah (PdPR).

KPM dalam kenyataan berkata, kaedah itu sama ada semua murid berada di rumah ataupun sebilangan murid tertentu melaksanakan PdPR bagi permulaan sesi persekolahan penggal 2 yang bermula hari ini (negeri Kumpulan A) dan esok (negeri Kumpulan B).

Katanya, pihak sekolah akan memaklumkan mengenai perkara ini kepada ibu bapa atau penjaga murid yang terjejas.

“Bagi murid yang berada di PPS premis sekolah, pihak jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) telah menggerakkan Smart Support Team (SST) dan Academic Support Team (AST) untuk membantu murid dari aspek kaunseling dan pembelajaran,” katanya hari ini.

Setakat semalam, sejumlah enam institusi pendidikan melibatkan lima sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah masih dilanda banjir di Kedah.

Selain itu, sebanyak 36 institusi pendidikan masih dijadikan PPS melibatkan 20 sekolah sekolah rendah dan 16 sekolah menengah iaitu Kedah 34, manakala Pulau Pinang dan Perak masing-masing satu.

“Seramai 1,056 orang murid KPM masih berada di PPS premis sekolah, manakala Perlis telah pulih sepenuhnya dengan semua PPS premis sekolah ditutup,” katanya.

KPM akan terus memantau situasi banjir, bersiap siaga dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI