fbpx

Masak ayam tak potong kuku kaki, Shakilla Khoriri mengaku mamai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Shakilla Khoriri akui terima banyak mesej yang menegurnya mengenai kuku kaki ayam.

PETALING JAYA – Dikecam kerana tidak memotong kuku kaki ayam ketika memasak, pelakon Shakilla Khoriri mengakui terlepas pandang mengenai perkara tersebut.

Menurut Shakila atau nama lengkapnya Nurul Shakilla Mohd. Khoriri, 35, ramai yang membanjiri mesej langsung (DM) selepas melihatnya menyediakan juadah ayam masak kicap.

Saya buat! Cuma mungkin terlepas pandang sekaki dua,” katanya menerusi InstaStory.

Dalam masa sama, pelakon drama rantaian, Takdir Itu Milik Aku itu tidak fokus semasa menyediakan juadah tersebut.

“Saya pun geli juga lepas rekod ternampak kuku tetapi nak buat macam mana.

“Benda pun dah muat naik. Relaks, kepala tengah mamai memasak, begitulah,” ujarnya.

Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu kesal ramai yang mendakwa dirinya sengaja menghidangkan makanan tidak bersih kepada suami.

“Tak baik cakap bagi suami makan makanan kotor. Jahat mulut,” tuturnya ringkas.

Sebelum ini, Shakilla turut menerima kecaman berhubung produk makanan keluarannya iaitu sambal cili.

Difahamkan, beberapa individu yang pernah membeli produknya mendakwa sambal cilinya tidak sedap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI