fbpx

Liga Super: Magis Avanzini bantu selamatkan maruah Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENANG FC dan Negeri Sembilan menyajikan aksi berkualiti di babak pertama hingga empat gol mampu dihasilkan untuk kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, sebentar tadi. - MFL

KUALA LUMPUR – Pemain baharu Negeri Sembilan, Sebastian Avanzini segera menghadirkan impak selepas muncul wira pasukan ketika mengikat Penang FC 2-2 pada aksi di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Jaringan itu menyelamatkan Negeri Sembilan daripada alami kekalahan kedua berturut-turut selepas tunduk 0-1 kepada Perak pada aksi terakhir, 14 September lalu.

Terdahulu, tuan rumah turun tanpa kehadiran kaptennya, Rafael Vitor terima kejutan seawal minit pertama, menyaksikan Hadin Azman membuka jaringan buat Negeri Sembilan.

Bagaimanapun kelebihan itu hanya bertahan 13 minit apabila Rodrigo Dias kembali menceriakan penyokong tuan rumah menerusi gol penyamaan.

Jaringan itu seakan memberikan tenaga tambahan buat anak buah Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan kali ini penyerang import baharunya, Dylan Wenzel-Halls menyudahkan hantaran Syamer Kutty Abba.

Babak pertama berlangsung sengit dan 1,492 penonton yang hadir terus disajikan jaringan dan kali ini giliran Avanzini mencetak nama selaku penjaring pada masa kecederaan.

Bersambung separuh masa kedua, Penang FC dan Negeri Sembilan terus melakukan usaha bagi menambah jaringan namun beberapa peluang tercipta gagal disudahkan dengan lebih sempurna sekaligus memaksa kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI