fbpx

Kontraktor Mara wajib guna bahan mentah bumiputera, ada sijil halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi.

PETALING JAYA – Semua kontraktor makanan Majlis Amanah Rakyat (Mara) wajib mendapatkan bekalan bahan mentah daripada pembekal dan produk bumiputera serta mempunyai sijil halal.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketetapan ke atas semua kontraktor makan Mara itu merupakan dasar baharu yang diperkenalkan Mara.

“Sebagai contoh bekalan kicap, sos, mi dan lain-lain mesti diambil daripada jenama syarikat-syarikat bumiputera yang mempunyai sijil halal yang sah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jabatan agama Islam negeri (JAIN).

“Pembekal bahan mentah lain seperti ayam, ikan, sayur dan lain-lain juga daripada bumiputera. Semua ini dimasukkan dalam kontrak perjanjian dengan kontraktor-kontraktor Dewan Selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Asyraf Wajdi berkata, dasar itu dibuat bagi membantu dan memperkasakan usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PKMS) bumiputera mengembangkan perniagaan seterusnya berdaya saing dan maju.

Kata beliau, selain daripada itu, dasar itu juga bagi memastikan aspek halalan toyyiban diberi perhatian serius berasaskan nilai ketaqwaan.

“Insya-Allah saya juga sudah meminta agar pemantauan dilakukan secara berterusan oleh pentadbir MRSM dan pegawai-pegawai Mara daerah dan negeri secara berkala.

“Saya sendiri pada bila-bila masa akan turun secara mengejut untuk memastikan aspek pematuhan ini diambil berat,” katanya.

Tegas beliau, mana-mana kontraktor Mara yang didapati culas atau melanggar syarat ditetapkan, maka kontrak mereka boleh ditamatkan serta-merta oleh Mara.

Jelas beliau, Mara cuba sedaya upaya untuk membantu memperkasakan ekonomi usahawan bumiputera dah berharap ramai usahawan bumiputera akan mengambil peluang itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI