fbpx

Kenapa penting untuk lakukan hibah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hibah merupakan instrumen perancangan harta pusaka di Malaysia yang terbaik dan lebih mudah selain wasiat, harta sepencarian dan amanah.

Hibah merupakan pemindahan hak milik aset secara sukarela semasa hayat seseorang dan ia adalah salah satu daripada instrumen perancangan harta pusaka di Malaysia dan alternatif kaedah pengagihan harta di samping instrumen lain seperti wasiat, harta sepencarian dan amanah.

Kebiasaannya, rata-rata orang akan mengambil hibah hartanah tetapi walaupun hibah semakin popular, kenapa kadar rakyat Malaysia yang melakukan hibah masih rendah?

Cuba bayangkan satu situasi di mana keluarga atau waris sukar untuk menjalani kehidupan seharian akibat tiada akses kepada harta selepas perginya ketua keluarga?

Bagi mereka yang mempunyai anak perempuan sahaja, harta pusaka kebiasaan dikongsi bersama waris lain seperti adik-beradik si mati. Dengan hibah, anda boleh memberikan aset tertentu seperti rumah, khas untuk anak perem­puan sahaja.

Selain itu, isteri tidak akan mempunyai hak terhadap kese­luruhan rumah walaupun setelah kematian suami kerana bahagian pusaka suami akan dibahagikan mengikut faraid dan begitu juga sebaliknya.

Berdasarkan hukum, anak angkat pula adalah bukan waris, maka tidak berhak mewarisi walaupun satu sen. Bagaimanapun, dengan hibah, pemberian boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki termasuk anak angkat.

Dalam pada itu, mengikut hukum faraid, bahagian isteri adalah 1/4 jika si suami tiada anak dan bakinya perlu dikongsi oleh waris asabah yang lain. Sebagai suami, anda boleh menghibahkan rumah anda sebagai alternatif untuk memastikan kehidupan isteri lebih terjamin.

Selain itu, kebiasaannya ibu bapa si suami tidak mempunyai keperluan terhadap hartanah kerana sudah memiliki rumah sendiri. Mereka lebih berkeperluan untuk harta alih seperti wang untuk kegunaan harian, kesihatan dan ibadah. Hibah memberi pilihan kepada suami untuk menghadiahkan rumah kepada isteri atau anak.

Bagi golongan anak orang kelainan upaya (OKU) yang tiada upaya menjaga diri sendiri dan bergantung hayat kepada ibu bapa untuk kelangsungan hidup, mereka juga tidak akan menerima pembahagian harta yang lebih walaupun mereka OKU (mengikut hukum faraid).

Ramai ibu bapa yang berhasrat menyama-ratakan pembahagian kepada anak anak. Oleh itu, hibah menjadi pilihan buat ibu bapa jika ingin pembahagian dilaksanakan sama rata tanpa perlu mendapatkan persetujuan waris kelak.

Disarankan agar si ayah membuat hibah untuk mengelakkan perbalahan di masa depan antara anak-anak dan ibu tiri, serta memastikan keadilan dan kesejahteraan keluarga kerana sesetengah anak mungkin merasakan bahawa ibu tiri tidak sepatutnya mendapat bahagian harta pusaka.

Golongan yang telah hidup bujang dalam satu tempoh yang lama dan belum mempunyai anak dan pasangan juga digalakkan membuat hibah dengan niat wakaf atau sedekah kepada yang tersayang.

Majoriti kes berpoligami pula menghadapi masalah dari sudut pewarisan kerana semua isteri memiliki hak yang sama meskipun berbeza tempoh perkahwinan antara setiap isteri. Pembahagian melalui hibah adalah penyelesaian yang terbaik dan lebih mudah.

Demi kelangsungan hidup mereka, amat disarankan untuk melakukan hibah, yang kini lebih mudah dengan adanya platform digital sepenuhnya seperti JOMHIBAH https://jomhibah.com/hlisb

JOMHIBAH diperkenalkan oleh SEDANIA As Salam Capital, de­ngan kerjasama Hong Leong Islamic Bank sebagai penyedia ­pembiayaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI