fbpx

Hilang 4 hari rupanya maut tertimbus tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang tertimbus tanah semasa mencari emas di Kampung Cabang Bijih, Perala, Sokor dekat Tanah Merah, semalam. Foto IHSAN BOMBA.

TANAH MERAH – Selepas empat hari hilang, seorang lelaki dijumpai maut tertimbus tanah semasa melakukan kerja-kerja mencari emas di kawasan sungai berhampiran Kampung Cabang Bijih, Perala dekat Sokor di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang, Disagar Mani Mustafa berkata, mangsa berusia 56 tahun dan merupakan warga tempatan.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada pihak polis kira-kira pukul 4.11 petang.

“Anggota bomba menjalankan kerja-kerja mencari mangsa di kawasan tersebut yang sudah digenangi air sedalam 0.5 meter.

“Jengkaut turut digunakan dalam operasi itu sebelum mayat mangsa yang sudah bengkak ditemui kira-kira pukul 5.56 petang,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Disagar Mani memberitahu, mengikut maklumat keluarga mangsa, lelaki itu sudah empat hari tidak pulang ke rumah.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI