fbpx

GISBH: Mahkamah benar jaminan bon terhadap pengerusi, mudir madrasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA individu yang merupakan pengerusi dan mudir sebuah madrasah di Kuala Pilah dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini bagi permohonan bon jaminan.

SEREMBAN – Mahkamah Rendah Syariah Seremban, di sini, hari ini membenarkan permohonan bon jaminan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) terhadap dua individu yang mempunyai kaitan dengan syarikat GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).

Hakim Syarie, Nurul Akmar Mohamad Hilmi menetapkan bon jaminan sebanyak RM2,000 setiap seorang terhadap pengerusi dan seorang mudir sebuah madrasah di Ulu Beting, Kuala Pilah, masing-masing berusia 58 dan 51 tahun, dengan dua orang penjamin yang bermastautin di Negeri Sembilan.

Ia dibuat selepas permohonan dikemukakan oleh pegawai penguat kuasa agama JHEIANS bagi membolehkan kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 22 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Islam Negeri Sembilan 1996 dan Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 Pindaan 2019.

Nurul Akmar kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 12 November ini.

Sementara itu, Pengarah JHEAINS, Mohd. Asri Abdullah dalam kenyataannya memberitahu, penahanan kedua-dua orang disyaki tersebut untuk siasatan lanjut berkaitan pengoperasian sekolah agama tanpa kebenaran di Kuala Pilah.

“Bagaimanapun ketika soal siasat dijalankan, kedua-duanya didapati cuba menghidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiah yang telah difatwakan sesat oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan JHEIANS membuat pemeriksaan di dua buah rumah di madrasah itu pada 6 September lalu selepas menerima maklumat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkaitan berhubung dakwaan berlakunya perbuatan liwat membabitkan penghuni di situ.

Baru-baru ini empat pembantu pengajar di madrasah berkenaan telah didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak di madrasah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI