fbpx

EPL: Man. City persiap pertahan rekod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEVIN DE BRUYNE (tengah) bakal terlepas aksi menentang Arsenal ekoran kecederaan yang dialami ketika menentang Inter Milan. - FB MANCHESTER CITY

MANCHESTER – Pemain pertahanan Manchester City, Ruben Dias memberi amaran kepada Arsenal bahawa dia dan rakan sepasukannya berada dalam keadaan benar-benar bersedia untuk menghadapi perlawanan di Etihad malam ini.

Menurutnya, skuad kendalian Pep Guardiola itu tidak pernah gentar dan mahu ‘bersembunyi’ daripada perlawanan besar pada awal musim dan sedia menangkis apa sahaja rancangan yang cuba dibawa Mikel Arteta dan Arsenal pada perlawanan itu nanti.

Pertemuan terakhir di Etihad pada Mac lalu menyaksikan Arsenal menggunakan taktikal parkir bas bagi membolehkan mereka mengikat perlawanan dengan 0-0 menyebabkan City percaya The Gunners mungkin akan turun dengan taktikal yang sama.

“Kami tidak pernah lari dan menyembunyikan diri. Itu yang perlu kami lakukan untuk menjadi pemain dan pasukan terbaik dalam saingan liga ini.

“Kami ‘mengalu-alukan’ kehadiran mereka dan kami mahu menjadi pasukan yang lebih baik dalam perlawanan itu nanti. Kita akan tengok apa yang mereka mampu melakukannya, apa yang mereka sedang rancang, kami sudah bersiap sedia.

“Kami sedar Arsenal masih lagi dianggap pencabar kejuaraan dan kami menghormati mereka. Musim ini baru sahaja bermula dan kami belum berada pada tahap yang benar-benar terbaik dari segi kualiti permainan, mentaliti dan sebagainya, namun anda boleh melihat berdasarkan keputusan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, rakan di posisi pertahanan Dias, Josko Gvardiola turut melaungkan amaran yang sama sambil mengakui pengurus mereka sudah menyiapkan dua atau tiga taktikal yang akan digunakan pada perlawanan itu.

“Saya tidak pasti bagaimana Arsenal akan turun berdepan kami nanti, tetapi apa yang pasti kami sudah menyiapkan dua atau tiga strategi untuk mengecewakan mereka.

“Perkara yang paling menggembirakan adalah kami akan bermain di tempat sendiri. Kami memiliki kelebihan sokongan penyokong dan perlawanan besar seperti ini sentiasa menjadi perlawanan yang sukar dan kami sudah membuat persiapan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI