fbpx

EPL: Liverpool ‘gayat’, pacu carta liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Darwin Nunez dan Luis Diaz muncul wira pasukan Liverpool pada aksi bertemu Bournemouth sebentar tadi.

LIVERPOOL – Pasukan Liverpool mempamerkan prestasi memukau apabila mudah menewaskan Bournemouth 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk menerajui carta liga selepas mengharungi lima perlawanan.

Pada perlawanan itu, skuad The Reds bangkit daripada kekalahan memalukan kepada Nottingham Forest pada aksi minggu lalu menerusi penyudah awal yang dilakukan oleh Luis Diaz pada minit ke-26.

Jaringan tersebut menaikkan semangat Diaz untuk menggandakan kelebihan dengan meledak gol kedua berselang dua minit kemudian.

Penyerang sensasi Liverpool, Darwin Nunez melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah menerusi jaringan menarik pada minit ke-35 dengan keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad kendalian Arne Slot itu meraih 12 mata ketika ini.

Sementara itu, di Stadium London, pasukan Chelsea turut berada di landasan kemenangan selepas mudah menewaskan West Ham dengan keputusan 3-0.

Penggempur utama The Blues, Nicolas Jackson menjaringkan dua gol manakala satu lagi jaringan disumbangkan oleh Cole Palmer. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI