fbpx

DUN Mahkota perlu ada wakil kerajaan, mudah salur pembangunan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID (tengah) meletakkan tapak tangan pada glob kaca sebagai gimik perasmian pada Majlis Realisasi Rumah Mampu Milik Kluang di Taman Kluang Perdana, Kluang, hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

KLUANG – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota perlu memikirkan harus ada wakil rakyat daripada parti kerajaan untuk mewakili mereka agar dapat menjadi penghubung kepada kerajaan negeri.

Ia sekali gus dapat merencanakan pelbagai pembangunan di dalam bandar Kluang khususnya dalam di kawasan DUN Mahkota.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya percaya wakil yang dikemukakan oleh kepimpinan boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di sini.

“Pengundi-pengundi yang tinggal di luar DUN Mahkota, rancanglah supaya dapat pulang mengundi. Bantu calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah,” katanya kepada pemberita ketika di majlis Realisasi Rumah Mampu Milik Kluang di Taman Kluang Perdana di Kluang, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Rumah Transit Bangsa Johor yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Johor khususnya untuk keluarga muda akan dijadikan model bagi melaksanakan kaedah itu diperingkat Persekutuan.

“Boleh gunakan model ini yang unik dengan keluarga muda diberi peluang menyewa dan 30 peratus daripada harga sewaan sebagai tabungan serta akan dipulangkan semula selepas lima tahun menyewa,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, Kerajaan Perpaduan tidak akan tergugat walaupun pembangkang membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas beliaui, solidariti dalam Kerajaan Perpaduan tetap kukuh dan tidak goyah meskipun cuba digugat pihak pembangkang.

“Saya yakin jika ada usul undi percaya atau undi tidak percaya sekalipun, Perikatan Nasional (PN) mempunyai jalan untuk mencari beberapa pendekatan bagi menggoyahkan kerajaan yang ada, tetapi Kerajaan Perpaduan dengan adanya 153 dokongan Ahli-Ahli Parlimen, melebihi dua pertiga kerana dua pertiga, 148 kerusi,” ujarnya.

Baru-baru ini Anwar berkata, pihak pembangkang perlu bertindak berdasarkan undang-undang dan bukan sewenang-wenangnya menggesa beliau berundur daripada jawatannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI