fbpx

‘Dah bosan, saya buang implan hidung ini hujung tahun sebab…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zarina bercadang membuang implan pada hidungnya hujung tahun ini - SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Baru sahaja menjalani pembedahan hidung, selebriti sensasi, Zarina Anjoulie sudah merancang mahu membuang implan pada bahagian hidungnya pada hujung tahun ini.

Zarina, 37, yang mesra disapa Anju berkata, bukanlah dia tidak berpuas hati tetapi berasakan hidung baharu itu tidak serasi dengan dirinya.

“Sebenarnya saya rasa rupa yang baru ini bukanlah diri saya yang sebenarnya. Nanti dalam hujung tahun kalau sudah bosan saya buka implan pada hidung ini dan kembali ke bentuk asal.

“Bukanlah hidung baharu ini tidak cantik, mereka buat cantik dan saya suka dengan hasilnya cuma saya rasa ini bukan diri saya,” katanya.

Jelas Zarina, dia melakukan pembedahan implan pada hidung bukan kerana tidak gembira dengan bentuk asal hidungnya tetapi kerana dibayar untuk melakukan reviu.

Tidak bersembunyi sebaliknya mengaku secara terang-terangan membuat pembedahan hidung, pelakon filem Hantu Kuat Ketawa itu menerima kecaman orang ramai dengan hati yang terbuka.

“Ya, saya baru buat hidung tidak ada apa yang hendak disorokkan. Orang kata saya buat terang-terang dan ajak orang buat dosa.

“Saya minta maaf pada mereka yang tidak suka. Saya buat sebab saya dibayar dan kedua saya mahu memberi kesedaran kepada wanita-wanita di luar sana.

“Jika hendak buat (pembedahan kecantikan) pergilah berjumpa doktor yang betul kerana banyak orang ditipu oleh juru kecantikan tidak bertauliah yang sebenarnya adalah scammer.

“Kalau bukan sebab saya pun orang tetap akan pergi buat pembedahan kecantikan dan ramai yang ditipu sampai perlu buang payudara dan pelbagai komplikasi lain,” tuturnya

Sambung Zarina, status sebagai selebriti dan platform media sosial yang dimiliki mahu digunakan untuk membantu orang ramai dengan caranya sendiri.

“Saya pernah buat filler sebelum ini jadi saya mahu gunakan platform yang ada untuk berkongsi pengalaman dan sebagai tempat rujukan.

“Ada artis yang buat muka tidak mengaku dikecam, saya yang mengaku pun dikecam, jadi saya tidak kisah apa orang hendak kata,” luahnya.

Dalam pada itu, Zarina sempat berkongsi berkenaan prosedur pembedahan hidung yang dilakukan di sebuah klinik estetik di Vietnam.

Mengakui dia yang menghubungi klinik tersebut, pihak klinik sudi menjalinkan kerjasama termasuk melakukan prosedur pembedahan secara percuma selepas mengetahui statusnya sebagai selebriti.

“Jika tidak dibayar tidaklah saya tadah hidung di sana. Prosesnya dalam dua jam saya ditidurkan. Selepas sedar proses jahitan agak sakit.

“Sekarang pun saya masih dalam proses pemulihan,” ujar Zarina yang ditemui pada majlis pelancaran produk Noir X RidzOkumura di Ampang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI