fbpx

Bukan ibu tanam, bakar buku Abuya – Anak isteri ke-2 CEO GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak kepada isteri kedua CEO GISBH menutup pagar rumah di Kampung Panji, Kota Bharu selepas bercakap dengan beberapa pihak media, hari ini. Foto ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Salah seorang anak kepada isteri kedua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) menafikan dakwaan bahawa ibunya yang menanam dan membakar buku-buku ajaran Abuya yang dijumpai polis di tepi Sungai Pengkalan Datu berhampiran rumah keluarganya di Kampung Panji, di sini semalam.

Wanita berusia 29 tahun itu berkata, buku-buku tersebut dipercayai milik ibu saudaranya yang merupakan pengikut ajaran dan pemimpin Al-Arqam itu.

Menurutnya, dia yang merupakan anak kelima daripada sembilan beradik kini tinggal di Kuantan, Pahang terkejut apabila rumah ibunya yang merupakan isteri kedua CEO syarikat itu diserbu polis malam kelmarin.

“Saya sangat sedih kerana ramai pihak menuduh ibu dan keluarga kami yang tanam dan bakar buku-buku Abuya di tepi sungai. Buku-buku itu milik ibu saudara saya yang merupakan pengikut pengikut tegar Al-Arqam.

“Ibu saya ketika ini tidak sihat kerana menghidap darah tinggi. Dia terkejut apabila kediaman kami sekeluarga diserbu polis,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di Kampung Panji, di sini hari ini.

Wanita itu memberitahu, ibunya menetap di rumah tersebut sejak lebih 30 tahun lalu dan sering berulang-alik ke Kuantan untuk berjumpa dengan ayahnya.

Menurutnya, dia yang baru sampai di rumah ibu bersama abang dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire terkejut apabila tiba di rumah ibunya kira-kira pukul 11.30 malam.

“Saya difahamkan polis mengekori kenderaan yang dipandu abang dari Kuantan lagi sebelum mereka menyerbu rumah ibu.

“Saya tidak sempat berehat semasa sampai kerana tiba-tiba diserbu polis. Semua barangan termasuk telefon bimbit turut dirampas. Seramai 30 ahli keluarga kami termasuk ibu saudara yang tinggal berdekatan turut dibawa menaiki van polis,” katanya.

Menurutnya, dia seluruh ahli keluarganya dibebaskan kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Katanya, dia bersama empat anak termasuk bayi berusia enam bulan diberi layanan yang baik termasuk diberi makan dan minum semasa diambil keterangan di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan, Pengkalan Chepa, di sini.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, pelbagai jenis buku berkaitan doktrin yang dipercayai diperjuangkan GISBH dikesan ditanam dan dibakar berhampiran rumah keluarga CEO syarikat itu di Kampung Panji, di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI