fbpx

‘Berbaloi’ koyak MCL, atlet negara raih gangsa Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHMALARANI (kanan) berjaya meraih gangsa dalam acara kumite -50kg Kejohanan Karate Senior Asia di Hangzhou hari ini. - ASIAN KARATE FEDERATION

KUALA LUMPUR – Atlet karate Malaysia, C. Shahmalarani terus membanggakan negara di pentas antarabangsa apabila meraih pingat gangsa kumite bawah 50 kilogram (kg) wanita pada Kejohanan Karate Senior Asia 2024 berlangsung di Hangzhou, China hari ini.

Tanpa berselindung, Shahmalarani, 25, mengakui amat berbangga dengan pencapaian itu apatah lagi selepas mengetahui dia mengalami kecederaan medial collateral ligament (MCL) tahap 2 sebelum berlepas menyertai kejohanan tersebut sebelum ini.

“Sebelum bertolak, saya diberitahu tak boleh ambil bahagian kerana koyak MCL tahap 2. Kesakitan ini amat memertikan dan saya fikir bagaimana jika ia berlaku semasa pertandingan? Adakah saya akan berundur dan menyerah kalah?

SHAHMALARANI (kanan) berjaya melepasi cabaran kesakitan untuk meraih gangsa kumite -50kg Kejohanan Karate Senior Asia di Hangzhou hari ini. – ASIAN KARATE FEDERATION

“Sudah tentu tidak. Ini adalah pertarungan antara saya diri sendiri, jadi saya ambil risiko biarpun sedar ia mungkin boleh menyebabkan saya mengalami pembedahan nanti.

“Pingat ini amat bermakna dan saya sangat berbangga dapat berdiri di atas podium ini selepas apa yang saya hadapi dalam dua minggu ini.

“Setahun lalu saya meninggalkan gelanggang ini dengan tangan kosong sewaktu Sukan Asia 2022. Sekarang saya meraih gangsa dengan keputusan 8-0. Jadi saya anggap pencapaian ini sangat menakjubkan walaupun saya terlepas final,” kata Shahmalarani.

SHAHMALARANI (kanan) Berjaya meraih gangsa dalam acara kumite -50kg  Kejohanan Karate Senior Asia di Hangzhou hari ini. – ASIAN KARATE FEDERATION

Shahmalarani meraih gangsa selepas menewaskan Choy Ying Ting dari Hong Kong dengan keputusan 8-0 di pusingan repechage yang merupakan perebutan pingat gangsa.

Atlet tuan rumah dari China, Wang Junhui turut meraih pingat gangsa selepas berjaya melepasi repechage dengan menewaskan Zhangbyrbay Moldir dari Kazakhstan dengan keputusan 10-6.

Pingat emas bagi acara itu menjadi milik Alimardanova Gulshan dari Uzbekistan, manakala atlet karate Taiwan, Hsiao Yun-Chen meraih perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI