NEW DELHI – Seorang pegawai Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Tamil Nadu menjadi tular selepas dia menyelamatkan seekor burung gagak, lapor portal berita India Today kelmarin.
Dia melakukan teknik pernafasan dari mulut ke mulut tau resusitasi kardiopulmonari (CPR) ke atas burung itu.
Rakaman video menunjukkan V. Velladurai menyelamatkan burung itu kemudian menjadi tular di media social.
Ramai netizen menghargai usaha dan dedikasi Velladurai.
Burung gagak itu terkena renjatan elektrik selepas hinggap di atas sebuah transformer dekat Balai Bomba Kavundapalayam di Coimbatore.
Ketika ia jatuh pengsan, Velladurai bergegas membantu.
Dia perlahan-lahan mengambil burung itu lalu melakukan CPR dan berjaya memulihkannya.
Selepas mendapatkan semula kekuatannya, burung gagak itu kembali terbang ke langit. – AGENSI