fbpx

Agong selamat tiba dari China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang hari ini

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat tiba ke tanah air selepas mengadakan lawatan negara selama empat hari ke China bermula 19 September lalu.

Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata, pesawat peribadi Seri Paduka Baginda mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang hari ini.

“Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Timbalan Dipertua Dewan Rakyat, Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar.

“Sultan Ibrahim turut berkenan menerima tabik Hormat Diraja daripada Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja dengan diiringi tembakan meriam dan lagu Negaraku pada Istiadat Menyambut Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda,” kata laman Facebook berkenaan.

Terdahulu, Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan, pesawat peribadi Seri Paduka Baginda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital pukul 9.28 pagi.

Turut hadir bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka Baginda ialah Timbalan Menteri Luar China, Sun Weidong dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI