fbpx

8,375 mangsa banjir Kedah masih di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah masih menunjukkan peningkatan apabila seramai 8,375 orang daripada 2,705 dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 4 petang ini.

Jumlah itu meningkat berbanding seramai 8,509 orang daripada 2,727 keluarga yang direkodkan pada pukul 11 malam semalam.

Semua mangsa banjir itu ditempatkan di 40 PPS di lima daerah terjejas iaitu Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Bandar Baharu.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kota Setar masih menjadi daerah paling teruk terjejas melibatkan seramai 5,216 mangsa daripada 1,759 keluarga yang dipindahkan ke 19 PPS.

Ia diikuti Pendang melibatkan 1,581 mangsa daripada 474 keluarga di 10 PPS dan Kubang Pasu 922 mangsa daripada 287 keluarga di enam PPS.

Seterusnya Pokok Sena seramai 509 mangsa daripada 151 keluarga di empat PPS dan Bandar Baharu seramai 147 mangsa daripada 34 keluarga di satu PPS.

Sementara itu, dua lokasi Sungai Anak Bukit yang masih berada pada paras bahaya adalah di kawasan Anak Bukit dan di Jambatan Tar dalam daerah Kota Setar.

Dalam pada itu, terdapat mangsa yang sudah pulang ke rumah pada hari selepas banjir mulai surut di beberapa lokasi di Pokok Sena dan Jitra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI