fbpx

2 jam selamatkan tapir sesat jatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Perhilitan menjalankan kerja-kerja menyelamat seekor tapir yang terjatuh ke dalam longkang di Kampung Padang Bukit, Pasir Mas semalam. - Foto Perhilitan

PASIR MAS – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mengambil masa hampir dua jam untuk menyelamatkan seekor tapir yang terjatuh ke dalam longkang di Kampung Padang Bukit, di sini semalam.

Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, tapir itu disedari terjatuh ke dalam longkang oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Menurutnya, anggota Perhilitan bergegas ke lokasi untuk menyelamat haiwan itu selepas menerima maklumat orang awam bagi mengelakkan haiwan itu mati.

“Kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan tapir itu dari kawasan parit mengambil masa dua jam dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam.

“Tapir itu dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Jedok yang dianggarkan 30 kilometer dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, haiwan itu berada dalam keadaan stabil sebelum dipindahkan ke habitat yang sesuai selepas diselamatkan.

Tambahnya, sehubungan itu, beliau berharap orang ramai tidak bertindak sendiri sekiranya terserempak dengan hidupan liar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI