fbpx

140,000 huffaz cilik menjelang 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID menerima modul pra tahfiz daripada murid Tadika Kemas sempena Majlis Pelancaran Program Pra Tahfiz Peringkat Kemas Negeri Johor 2024 di Hotel Prime City, Kluang hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

KLUANG – Seramai 140,000 kanak-kanak akan berjaya dilahirkan sebagai huffaz cilik oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menjelang tahun 2026 nanti.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 4,145 kelas Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Pra Tahfiz Kemas melibatkan 62,175 kanak-kanak telah memulakan pembelajaran itu bermula Ogos lalu.

Katanya, program ini menyasarkan kira-kira 60 peratus kanak-kanak Tabika Kemas ini dapat menghafaz 20 surah Juz Amma iaitu Surah ad-Duha menjelang akhir sesi persekolahan 2024 nanti.Tabik

“Tabika Pra Tahfiz Kemas merupakan satu program untuk memperkasakan lagi Pendidikan al-Quran di Tabika.

“Program ini memberi nilai tambah kepada modul sedia ada (modul Penghayatan Islam) yang merangkumi aspek pendidikan dalam melahirkan Huffaz cilik,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Program Pra Tahfiz Peringkat Kemas Negeri Johor di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, program ini merupakan satu pengubah keadaan dalam memperkasakan pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak seawal usia yang akan memberi fokus kepada 7M iaitu mengaji, menghafaz, membaca, menulis, mengira, manaakul dan manusiawi.

Ujarnya, inisiatif ini dijadikan teras utama dalam kemenjadian kanak-kanak yang beragama Islam selain daripada kemahiran sedia ada yang diperlukan sebagai persediaan masuk ke tahun satu.

“Pengisian modul ini merujuk sepenuhnya Modul Hafazan Tadika Tahfiz Negeri Pahang dengan teknik hafazan serta kaedah pembelajaran secara santai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI