fbpx

[VIDEO] MCMC pantau kandungan parodi lagu Abuya, GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KULAI – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memantau kandungan media sosial membabitkan pertubuhan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) termasuklah lagu-lagu yang dijadikan parodi oleh segelintir masyarakat.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, antara tindakan diambil termasuklah menurunkan kandungan sedemikian sekiranya terdapat aduan daripada mana-mana pihak.

“Kementerian Komunikasi dan MCMC akan bekerjasama dengan mana-mana agensi yang bertanggungjawab atas isu ini. Jika diperlukan kita akan bantu untuk turunkan kandungan itu.

“Saya juga harap orang ramai akan mendengar nasihat diberi pihak berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), polis dan lain-lain,” katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas berhubung tindakan masyarakat yang menjadikan isu melibatkan GISBH sebagai parodi di media sosial ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI