fbpx

UCL: Raya selamatkan maruah Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAYA berjaya menyelamatkan sepakan penalti Retegui untuk Arsenal pulang dengan satu mata bertemu Atalanta awal pagi semalam. - AFP

BERGAMO – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji impak penjaga gol, David Raya yang dianggap sebagai hero pasukan selepas mengikat kelab Serie A, Atalanta 0-0 pada aksi pertama Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, Raya berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya pasukan tuan rumah termasuk sepakan penalti, Mateo Retegui untuk memastikan The Gunners meraih satu mata berharga.

Kata Arteta, penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu telah mempamerkan prestasi luar biasa yang boleh dianggap antara yang terbaik pernah dilakukan oleh mana-mana penjaga gawang.

“Kami memulakan perlawanan ini dengan baik apabila menguasai 25 pertama ketika menentang pasukan berkualiti seperti Atalanta. Namun, selepas itu situasi berubah apabila pemain kehilangan bola dengan mudah.

“Nasib baik kami memiliki Raya yang begitu cemerlang menyelamatkan beberapa peluang keemasan Atalanta. Tidak keterlaluan untuk saya katakan aksi tersebut adalah yang terbaik daripada Raya pernah kami saksikan,” katanya.

Sementara itu, Raya yang ditandatangani daripada kelab Brentford secara rasmi pada Jun lepas mengakui apa yang dipamerkan diatas padang adalah yang terbaik sejak menyarung jersi pasukan Arsenal.

“Saya rasa ini adalah satu daripada tiga persembahan terbaik dalam senarai saya. Baru-baru ini saya beraksi dengan baik ketika bertemu Aston Villa yang membantu pasukan melakar kemenangan.

“Namun, untuk melakukannya di pentas UCL adalah perkara yang luar jangkaan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN