fbpx

UCL: 10 pemain Barcelona gagal bertahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAMAL meledak gol sagu hati buat Barcelona ketika mereka tewas mengejut menentang Monaco awal pagi semalam. - AFP

MONACO – Barcelona mengalami kekalahan mengejut kepada kelab Perancis, AS Monaco dengan keputusan 1-2 pada aksi pertama Liga Juara-Juara (UCL) di Stadium Louis II awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, The Catalans terpaksa bermain lebih 80 minit dengan 10 pemain selepas Eric Garcia dilayangkan kad merah.

Pasukan tuan rumah berjaya meraih jaringan menerusi ledakan Maghnes Akilouchi dan George Ilenikneha, manakala pelawat mendapat gol tunggal hasil penyudah Lamine Yamal.

Jurulatih Barcelona, Hansi Flick mengakui anak-anak buahnya tidak berada pada prestasi terbaik dengan Monaco layak untuk melakar kemenangan.

“Kami berusaha untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata, tetapi tidak berjaya kerana Monaco beraksi dengan baik dan layak untuk menang.

“Saya menerima kekalahan ini dengan terbuka selain berharap pasukan dapat bangkit semula pada perlawanan seterusnya. Ini bukanlah pengakhiran dan banyak lagi aksi yang perlu diharungi nanti,” katanya.

Sementara itu, tonggak tengah Barcelona, Pedri mahu penyokong setia tidak menekan butang panik sebaliknya percaya pasukan mampu lolos ke pusingan kalah mati nanti.

“Masih ada tujuh perlawanan yang perlu diharungi dan saya harap penyokong kami kekal tenang. Kita cuma tidak bernasib baik pada aksi kali ini,” katanya – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI