fbpx

Trafik menuju ke ibu kota masih lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV LLM setakat pukul 10.14 malam ini memaparkan aliran trafik lancar.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) masih lagi lancar meskipun dijangka warga kota akan mula pulang ke ibu kota bermula malam ini selepas cuti minggu persekolahan.

Menerusi tangkap layar televisyen litar tertutup Lembaga Lebuh Raya (LLM), tiada kesesakan kenderaan dilaporkan dari Plaza Tol Gombak setakat pukul 10.14 malam ini.

Dalam pada itu, aliran trafik juga bergerak lancar di Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara @ E1 dan tidak kelihatan kesesakan lalu lintas.

Begitu juga di Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan @ E2, trafik dilihat lancar dan terkawal.

Sementara itu, LLM menerusi hantaran di Facebooknya, memaklumkan di E2 terdapat kemalangan di kilometer 3.9 arah Selatan dari Desa Palma ke Persimpangan Dato’ Onn.

“Lorong kanan terhalang. Trafik perlahan. Berhati-hati memandu.

“Selain itu, di E1 terdapat lori rosak di Persimpangan Kepala Batas arah Selatan dari Kepala Batas ke Hutan Kampung.

“Lorong kiri terhalang. Trafik lancar. Berhati-hati memandu,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI