fbpx

Tiga lelaki ditahan terlibat kes bunuh Muhammad Sharqawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh pereka dalaman, Muhammad Sharqawi Abu Bakar, 36, di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara ditahan polis awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, suspek warga tempatan berusia antara 50 hingga 61 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur.

“Bertindak di atas maklumat dan risikan, sepasukan polis Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah berjaya melakukan tangkapan terhadap tiga lelaki berkenaan.

“Semua tangkapan mempunyai sembilan rekod lampau jenayah serta 14 rekod dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

M. Hussin berkata, ketiga-tiga suspek yang merupakan rakan serumah itu tidak mengenali mangsa.

“Suspek memecah masuk ke rumah mangsa dan berlaku pergelutan setelah mangsa balik ke rumah dan menyedari kehadiran suspek di dalam rumahnya.

“Ketiga-tiga suspek tidak mempunyai hubungan namun merupakan rakan serumah,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga suspek sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan telah dibenarkan reman selama enam hari oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya sehingga 26 September.

“Kertas siasatan dalam tindakan dilengkapkan dengan kadar segera sebelum dimajukan ke pejabat Timbalan Pendakwaraya Selangor bagi mendapat pandangan dan arahan selanjutnya.

“Dengan tertangkapnya tiga suspek ini, pihak polis percaya salah seorangnya adalah pelaku jenayah tersebut dan dapat menyelesaikan kes bunuh ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI