fbpx

‘Tak pernah serik, kalau ada jodoh saya terima’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah bersedia untuk menamatkan zaman janda namun belum menjumpai calon peneman hidup yang sesuai – AFIQ RAZALI

Sejak diumumkan bakal bertanding dalam program Muzikal Lawak Superstar musim ke-4, (MLS4) ramai skeptikal dengan pelakon Puteri Sarah Liyana sama ada dia mampu berjenaka secara langsung atas pentas.

Sering kali dilihat sebagai wanita malang dalam rumah tangga dan berendam air mata, kehadiran Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, dalam arena komedi tanah air dilihat menyimpang dari paksi kerjaya seninya.

Mana tidaknya, kelibat Sarah sering kelihatan di mahkamah, turun naik memperjuangkan nasib. Kali ini naik pentas komedi pula. Pasti ramai mempersoalkan kemampuannya.

Namun kata tuan badan, bakat komedi dalam dirinya telah dikesan oleh salah seorang ahli kumpulannya iaitu Ilham Abata.

Buat pertama kali, Puteri Sarah bakal melibatkan diri dalam program realiti komedi, Muzikal Lawak Superstar musim ke-4, (MLS4).

“Menyertai MLS4 ibarat menyertai program Fear Factor bagi saya. Saya sukakan cabaran dan sebab itu saya terima.

“Ilham Abata yang pujuk saya untuk menyertai kumpulannya iaitu Gebu bersama seorang lagi ahli, Mamak Puteh.

“Saya pernah bekerja dengannya sebelum ini untuk sebuah telefilem seram komedi yang ditayangkan di Astro. Ilham merupakan penulis skrip untuk telefilem tersebut.

“Daripada situ dia nampak kebolehan saya dalam genre komedi. Jadi dia melamar saya untuk sertai kumpulan Gebu,” katanya kepada HibGlam.

Katanya lagi, bukan cuba bersikap tamak dengan mengaut semua tawaran yang datang tetapi sekadar ingin mencungkil bakat lain yang ada dalam dirinya.

“Ilham dan Mamak berkali-kali tanya betulkah saya ingin sertai kumpulan mereka.

“Pada saya inilah masanya untuk saya meneroka cabang seni baharu.

“Kalau asyik lakukan benda yang sama, nanti digelar kayu pula,” jelasnya.

Biarpun pertama kali menyertai MLS4, jangan disangka Sarah masuk dengan tangan kosong.

Puteri Sarah sedia dikecam sekiranya percubaannya dalam program MLS4 tidak disenangi ramai. – AFIQ RAZALI

Sebelum ini dia pernah terlibat dengan teater komedi Maduku Kalut yang turut mempamerkan kebolehannya berlakon secara langsung atas pentas.

“MLS4 sebenarnya sama seperti teater. Tetapi kita kena masukkan elemen lawak dan nyanyian.

“Sebelum ini pun saya pernah terlibat dengan karya-karya komedi. Cuma bukan dilakukan secara langsung.

“Jadi saya gunakan pengalaman yang ada ini untuk persembahan MLS4 nanti,” ujarnya.

Sedia dikecam

Lumrah menjadi seorang Puteri Sarah Liyana, apa juga yang dilakukan pasti akan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Ditanya adakah dia sudah bersedia seandainya dihujani kecaman kerana persembahan kurang memuaskan, kata ibu kepada dua cahaya mata itu, dia terbuka menerima kritikan.

“Kalau orang nak cakap saya tak lawak atau nak kecam, saya terima sahaja.

“Saya anggap kecaman mereka sebagai satu cabaran untuk saya lakukan dengan lebih baik bagi persembahan seterusnya.

“Harapnya dapatlah saya bertahan sampai ke minggu separuh akhir,” katanya sambil ketawa.

Selain Gebu, MLS4 turut disertai sembilan lagi kumpulan yang menampilkan Zulin Aziz, Ali Puteh, Harris Anuar, Fad Bocey, Namie, Danial Zaini dan ramai lagi penggiat seni.

Buka lembaran

Lebih setahun bergelar ibu tunggal, kata pelakon drama bersiri Polis Peronda itu, dia sudah lama ‘move on’ daripada kisah lampau.

Menganggap apa yang berlaku dalam hidupnya sebagai ketentuan takdir, Sarah akui dia tidak pernah menutup pintu hati untuk insan bergelar lelaki.

Tidak lagi mahu memandang perkara yang lepas, Puteri Sarah mengakui sudah bersedia untuk menemui cinta baharu.

Malah, dia bersedia memberi hatinya kepada lelaki yang benar-benar layak menjadi imamnya dan juga anak-anak.

“Siapa yang tak mahu merasai nikmat hidup bahagia di sisi insan dicintai.

“Kalau boleh saya pun mahukan cinta baharu. Saya pun bukannya tua sangat. Saya masih muda.

“Kalau ada jodoh, saya terima. Saya tidak pernah serik. Kerana saya percaya, segala yang berlaku dalam hidup setiap manusia sudah tertulis.

“Jika ada jodoh yang baik untuk saya, saya terima seadanya,” katanya menutup bicara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI