fbpx

Suspek kes tikam pereka dalaman ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis berjaya menahan suspek kes tikam yang menyebabkan kematian pereka dalaman, Muhammad Sharqawi Abu Bakar, 36, di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, suspek ditahan di sekitar ibu negara malam tadi.

“Tangkapan ada dilakukan malam tadi. Proses reman akan dilaksanakan pagi ini.

“Kenyataan media berhubung kejayaan tangkapan itu akan dikeluarkan nanti,” katanya ringkas.

Terdahulu, Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas ditikam 20 kali dalam kejadian di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara, di sini, minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI