fbpx

Pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dibentangkan November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADILLAH (tiga dari Kanan) merasmikan papan tanda alamat Sungai Tebrau di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang akan dibentangkan di Parlimen pada November ini memberi tumpuan kepada hukuman yang lebih berat termasuk pemenjaraan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pindaan itu juga bagi memastikan tidak ada kelompangan untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan pencemaran.

Katanya, salah satu usaha kerajaan yang telah dilakukan ialah dengan menubuhkan jawatankuasa bertindak yang melibatkan persekutuan dan negeri melibatkan negeri, agensi dan pemegang taruh terlibat.

“Kita hendak perluaskan definisi sungai dan juga pencemaran, supaya ada klarifikasi, untuk kita tutupkan kelompongan dari segi perundangan, supaya lebih jelas untuk diambil tindakan nanti. Dan kita boleh sabitkan mereka yang membuat menyebabkan pencemaran (sungai).

“Hukuman juga ditingkatkan kalau dulu mungkin RM1 juta hingga maksimum boleh naik ke RM10 juta malah boleh dipenjarakan, itu pindaan kita akan buat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan di Sungai Tebrau, Kampung Bakar Batu Johor Bahru di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fadillah berkata, selain dari aspek pemindaan akta, perkara yang perlu diberi keutamaan dalam penjagaan sungai di negara ini ialah aspek pencegahan bagi mengelakkan pencemaran sungai berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI