fbpx

Pandu kereta lawan arus 40km di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta dipandu melawan arus sebelum terlibat kemalangan di KM 81.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Sungai Petani, awal pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang pemuda berusia 24 tahun dipercayai memandu secara melawan arus sejauh 40 kilometer (km) sebelum terlibat kemalangan di Kilometer 81.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.15 pagi itu, kereta Proton Saga yang dipandu seorang lelaki berlanggar dengan kenderaan jenis sama yang dipandu peniaga berusia 53 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga gagal mengelak kereta dipandu pemuda itu secara melawan arus.

“Impak kemalangan menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan kenderaan tersebut. Walau bagaimanapun kedua-dua pemandu tidak cedera,” katanya di sini hari ini.

Siasatan awal mendapati pemandu yang melawan arus itu mendakwa dia terlepas simpang keluar Alor Setar Selatan ketka dalam perjalanan dari Gurun, tengah malam tadi.

Tambahnya, pemandu kereta itu ditahan dan dibawa ke Balai Trafik Kuala Muda sebelum menjalani ujian darah di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Kita masih menunggu keputusan ujian itu daripada Jabatan Kimia Pulau Pinang untuk menentukan sama ada pemandu terbabit mabuk atau berada di bawah pengaruh dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI