fbpx

Orang sudah tolak pinangan, takkan nak pinang lagi – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADILLAH ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Sungai Tebrau, Kampung Bakar Batu, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Kerajaan Perpaduan tidak berhasrat untuk membincang lanjut mengenai draf memorandum persefahaman (MoU) untuk peruntukan Ahli Parlimen pembangkang setelah ia ditolak pihak pembangkang.

Walaupun MoU itu tidak persetujui, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia tidak menjejaskan bantuan dan projek yang direncanakan kerajaan kepada rakyat.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (Petra) berkata, MoU itu tidak memberi kesan kepada rakyat kerana peruntukan di bawah Kerajaan Pusat tetap berjalan.

“Sama ada MoU itu ada atau tidak, Kerajaan Perpaduan tetap tidak meminggirkan mana-mana pihak, tak kira di kawasan pihak kerajaan atau pembangkang.

“Kerajaan Madini ini konsepnya inklusiviti, ihsan, kita kena kesaksamaan, itu konsep Madani. Kita kena memberi kepada semua, sama ada ada MOU atau tak, program dan projek tetap berjalan, rakyat tetap dapat manfaat,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Sungai Tebrau, Kampung Bakar Batu, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, pintu rundingan mengenai MoU untuk peruntukan Ahli Parlimen pembangkang masih terbuka, dan kerajaan sedia untuk berbincang lebih lanjut mengenainya.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, menjelaskan bahawa draf MoU tersebut berfungsi sebagai platform perbincangan dan bukan sebagai dokumen muktamad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI