fbpx

Op Global: Puluhan individu disyaki pengikut GISBH di Rawang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serbuan di Pusat Perniagaan GISBH, Bandar Country Homes.

GOMBAK – Puluhan individu termasuk wanita dewasa, remaja dan kanak-kanak yang diperiksa dalam serbuan di Pusat Perniagaan GISBH, Bandar Country Homes, Rawang, dibawa menaiki van polis sejurus operasi itu berakhir.

Semua individu terbabit dibawa menaiki enam van dan tiga kereta Perodua Aruz oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalani proses dokumentasi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Mereka adalah antara individu yang ditemui di dalam premis perniagaan dan unit kediaman di pusat perniagaan yang dimiliki GISBH.

Terdahulu, dalam operasi yang bermula pukul 6.30 pagi itu, puluhan lot premis perniagaan seperti kedai dobi, kedai pencetakan, pusat rawatan dan klinik, hotel, bakeri, pusat khidmat media, butik, galeri, restoran dimiliki GISBH diperiksa.

Operasi oleh Polis Kontinjen Selangor bersama Polis Simpanan Persekutuan (PSP) turut dibantu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Dalam operasi itu pihak MPS turut merobohkan beberapa struktur binaan haram selain menyita premis-premis perniagaan dimiliki GISBH yang didapati tidak berlesen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI