fbpx

Kempen PRK Mahkota bersih tanpa isu 3R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIE CHING (tengah) mendengar penerangan ketika melawat tapak infrastruktur komunikasi Jendela Fasa 1 di Felda Inas, Kulai, hari ini.

KULAI – Kementerian Komunikasi tidak terima laporan melibatkan kesalahan berkaitan isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) sepanjang minggu pertama kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching sehubungan itu berharap keadaan itu akan kekal sehingga tamat PRK berkenaan pada 28 September ini.

“Kami belum terima aduan spesifik tentang kesalahan 3R setakat ini. Masing-masing adakan kempen secara baik dan saya harap perkara ini akan berterusan. Semua pihak diingatkan untuk terus menjaga adab.

“Tindakan provokasi (ketika berkempen) itu biasa, tetapi tiada isu-isu yang terlampau lagi, mungkin juga kerana kita berada di Johor,” katanya kepada pemberita semasa melawat tapak infrastruktur komunikasi Jendela Fasa 1 di Felda Inas, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI