fbpx

Juara Masterchef Indonesia dakwa nasi kandar Malaysia berpasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar potongan klip video tular ketika Stefani mendakwa nasi kandarnya lebih sedap berbanding yang dijual di Malaysia.

PETALING JAYA – Juara Masterchef Indonesia musim kelima, Stefani Harison teruk dikecam susulan mendakwa nasi kandar Malaysia rasa berpasir dan tidak asli.

Stefani yang baru sahaja membuka kedai makannya di Tangerang, Indonesia cuba menjual nasi kandar dengan cara yang berbeza kerana sering mencuba hidangan tersebut ketika melancong ke Malaysia.

Dalam satu potongan video ketika seorang YouTuber datang ke restorannya, Stefani memberitahu nasi kandar di Malaysia kurang berperisa selain kuah hidangan tersebut juga dikatakan berpasir.

Disebabkan itu, Stefani mendakwa nasi kandarnya lebih sedap kerana menggunakan bahan-bahan masakan yang segar.

Rempah-ratus yang dimasukkan juga didakwa asli kerana dihasilkan sendiri secara manual dan bukannya serbuk kari seperti kebanyakan restoran nasi kandar di Malaysia gunakan.

Bukan itu sahaja, Stefani dengan yakinnya berasa sudah berjaya menghasilkan nasi kandar yang sebenar serta memenuhi citarasa ramai.

Susulan, potongan video tersebut telah tular sehingga mendapat perhatian rakyat Malaysia sehingga ramai yang mengecam juara Masterchef itu.

Kata mereka, kuah nasi kandar dijual Stefani tampak lebih cair daripada yang dijual di Malaysia serta menggunakan bahan luar daripada kebiasaan sekali gus menenggelamkan rasa asli hidangan itu.

“Kuah cair weh, aku duduk Penang ni semua kuah nasi kandar pekat. Ini dia punya macam nasi putih dengan lauk campur dah,” komen Melur.

“Awak punya nasi kandar tu dah macam gulai. Kuah nasi kandar patutnya pekat, memang ‘original’ kari. Dengan letak telur dadarnya, siapalah yang ajar,” komen Izham.

“Hanya orang Malaysia sahaja yang tahu apa ith nasi kandar. Hanya lidah rakyat Malaysia je yang tahu ‘surrrr’ dia macam mana,” komen Elieda pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI