fbpx

Johor mulakan siasatan menyeluruh isu GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD FARED

JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah memulakan siasatan menyeluruh terhadap operasi pertubuhan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pihaknya memandang berat dakwaan-dakwaan melibatkan pertubuhan berkenaan, baru-baru ini.

“MAINJ akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap GISBH di negeri ini. Tujuannya adalah untuk memelihara kemuliaan dan kesucian agama Islam.

“Sehubungan itu, kami mengalu-alukan aduan daripada orang awam termasuk ahli-ahli pertubuhan itu sendiri berhubung maklumat yang relevan bagi membantu siasatan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Fared, MAINJ akan gunakan seluruh kekuatan perundangan dan juga enakmen undang-undang sedia ada bagi mengekalkan keamanan beragama dan peraturan dipatuhi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI