KOTA BHARU – Isteri kedua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH Holdings (GISBH) yang sebelum ini ditahan merupakan salah seorang daripada puluhan individu yang diperiksa untuk menjalani saringan selepas polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Panji, di sini hari ini.
Selain wanita itu, warga emas, bayi dan kanak-kanak yang diperiksa menerusi serbuan Op Global itu turut dibawa menaiki tiga van polis untuk menjalani saringan.
Op Global itu turut disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik).
Kesemua mereka berusia enam bulan sehingga 70-an itu berada di dalam tiga rumah terbabit yang menjadi penempatan GISBH di Kelantan.
Selain itu, polis turut merampas puluhan buku yang ditanam dan dibakar di tepi sungai berhampiran rumah terbabit. – KOSMO! ONLINE