fbpx

Individu simpan barang lama ‘terperangkap’ dengan masa lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik oleh PHM di Facebook.

PETALING JAYA – Menyimpan barang-barang lama seperti kotak telefon, pakaian yang sudah tidak muat atau wayar lama yang tidak pasti sama ada masih berfungsi mungkin kelihatan seperti perkara biasa, namun ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental.

Menerusi perkongsian oleh Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, terdapat beberapa kesan psikologi yang boleh dialami apabila terlalu banyak menyimpan barangan lama tersebut.

“Kita boleh merasakan beban emosi di mana barang yang tidak digunakan hanya memenuhi ruang dan membuatkan kita rasa ‘terperangkap’ dengan masa lalu.

“Menyimpan barang lama juga boleh menyebabkan kita sukar untuk melepaskan memori lama yang mungkin melambatkan proses untuk terus maju ke hadapan,” katanya.

Bukan itu sahaja, semakin banyak barang yang kita ‘simpan’, semakin sukar untuk kita membuat keputusan apa yang perlu disimpan atau dibuang yang menyebabkan kita menunda keputusan yang penting.

Di dalam hantaran tersebut, PHM turut memberi tips untuk menangani masalah menyimpan barang lama ini iaitu dengan melakukan ‘decluttering’ secara berkala untuk mencipta ruang yang lebih lapang, baik fizikal mahupun mental.

“Fokus pada barang yang benar-benar penting dan berguna dalam kehidupan seharian. Melepaskan barang yang tak diperlukan bukanlah satu kerugian, tapi satu langkah penting untuk membina keseimbangan emosi.

“Berani lepaskan dan lihat bagaimana ruang baru boleh membawa ketenangan kepada hidup and,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI