HONOR baru sahaja melancarkan iklan yang mungkin membuat Apple sedikit panas. Dalam video terbarunya, HONOR dengan penuh gaya menyindir pengguna Apple. Bayangkan sekumpulan orang sedang beratur di hadapan kedai Apple yang terkenal di TRX, bersedia untuk mendapatkan iPhone terbaru.
Namun, tiba-tiba mereka terpesona dengan kecanggihan dan reka bentuk Magic V3 yang boleh dilipat. Dalam plot twist yang mengejutkan, mereka semua memutuskan untuk ‘berpaling tadah’ dan memilih Magic V3.
Secara umumnya, terdapat tiga kelebihan utama telefon boleh lipat berbanding telefon biasa.
Dari segi penggunaan multimedia dan hiburan, pengguna boleh menonton filem di skrin yang jauh lebih besar, serta membuat perbandingan dari segi harga untuk membuat pembelian di aplikasi yang berbeza menerusi skrin terpisah.
Selain itu, ia juga lebih mudah digunakan untuk melaksanakan untuk kerja pejabat yang ringan, membolehkan kita melihat dokumen dengan mudah dan membuat catatan menggunakan stylus.
Paling menarik, penggunaan dua skrin menawarkan lebih banyak kemungkinan, misalnya menggunakan satu skrin sebagai penyangga untuk fotografi dan untuk terjemahan secara langsung.
Kini telefon boleh lipat telah memasuki tahun ke-6, mengapa pengguna masih tidak membelinya?
Terdapat dua sebab utama mengapa telefon lipat belum menjadi popular secara meluas. Pertama, penyediaan skrin yang lebih besar pada telefon belum memberikan pengalaman yang benar-benar baharu.
Kedua, untuk mencapai skrin lipat, pengeluar sering mengorbankan perkara yang sering dititikberatkan oleh pengguna iaitu berat, harga dan ketahanan.
Walaupun begitu, laporan dari Counterpoint Research menunjukkan bahawa penghantaran global telefon pintar lipat pada suku pertama 2024 telah meningkat sebanyak 49 peratus berbanding tahun sebelumnya untuk mencatatkan rekod suku tahunan yang baru.
Ia juga meramalkan bahawa penghantaran global telefon pintar lipat pada suku kedua 2024 akan mencapai puncak yang lain, dengan pertumbuhan sebanyak 113 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Laporan tersebut memberi kredit kepada beberapa pengeluar telefon pintar China yang memacu pertumbuhan pesat pasaran telefon pintar lipat global.
Perubahan kritikal
Pembangunan telefon lipat kini telah mencapai titik perubahan yang kritikal.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, telefon lipat kebanyakannya bertujuan hanya untuk menjadi ‘boleh digunakan,’ memberi tumpuan kepada bagaimana untuk memadankan dua skrin ke dalam satu peranti, bagaimana untuk menjadikan lipatan skrin dalam kurang ketara, serta bagaimana untuk mengurangkan berat peranti
Sejak pelancaran rasmi Samsung Galaxy Fold pada 2019, selepas enam generasi, ‘gap’ yang banyak dikritik akhirnya telah diselesaikan. Namun, berat dan ketebalan seperti batu bata masih belum menemui penyelesaian memuaskan.
Sebaliknya, pengeluar China HONOR, yang bermula lewat dengan hanya melancarkan telefon lipat pertamanya, HONOR Magic V pada 2022 dilihat telah menyelesaikan banyak isu telefon boleh lipat.
Pada generasi ketiga, Magic V3 telah menjadi telefon lipat teringan dan ternipis di dunia, dengan ketebalan hanya 9.2 milimeter dan berat hanya 226 gram, lebih ringan dan lebih nipis daripada telefon flagship Samsung S24 Ultra!
Telefon lipat yang layak menggantikan telefon flagship
Untuk sebuah telefon dengan harga flagship, anda seharusnya mendapat kualiti dan prestasi flagship.
HONOR Magic V3 yang baru dilancarkan, pada pendapat saya, kini mempunyai bentuk dan prestasi terbaik di kalangan telefon lipat.
Rekaan ringan dan nipis tidak bermakna perlu mengorbankan prestasi, HONOR Magic V3 bukan sahaja mempunyai bateri 5150mAh yang tahan sepanjang hari tetapi juga menyokong pengecasan pantas 66 watt dan pengecasan pantas tanpa wayar 50 watt.
Dari segi fotografi, selain kamera utama 50 megapiksel dan kamera sudut ultra-lebar 40 megapiksel, ia turut memiliki lensa telefoto periskop 50 megapiksel, menawarkan pengalaman fotografi yang setanding dengan telefon flagship Magic6 Pro.
Ia dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 8 Gen 3 terkini dan mempunyai pensijilan standard emas kelancaran berterusan SGS selama 60 bulan, memastikan prestasi lancar walaupun selepas lima tahun penggunaan.
Skrin luarnya menggunakan HONOR Anti-scratch NanoCrystal Shield, yang 10 kali lebih tahan calar dan 10 kali lebih tahan jatuh. Ia juga merupakan telefon lipat pertama yang menerima pensijilan ketahanan calar dan jatuh lima bintang standard emas pelbagai-senario Swiss SGS.
HONOR Magic V3 juga menyokong kalis air IPX8.
Selesa digunakan seakan telefon biasa
HONOR Magic V3 dilihat sebagai telefon lipat pertama yang boleh menggantikan sepenuhnya telefon flagship skrin rata.
Apabila dilipat, skrin luarnya adalah sebesar telefon rata biasa dan beratnya juga serupa dengan telefon biasa, menjadikannya sangat mesra pengguna walaupun untuk pengguna telefon lipat buat kali pertama.
Namun apabila dibuka, ia menawarkan pengalaman yang baharu, membolehkan anda menikmati penggunaan kedua-dua telefon dan tablet dengan satu harga.
Telefon lipat pertama yang layak menggantikan telefon flagship biasa ditawarkan pada harga RM6,999. – KOSMO! ONLINE