fbpx

EPL: Slot sedia beri Chiesa peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHIESA sedang berusaha keras untuk mencapai tahap kecergasan terbaik bagi membolehkannya bersaing merebut tempat dalam skuad utama Liverpool. - AFP

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Arne Slot memberi bayangan bahawa beliau akan memberikan lebih banyak minit permainan buat penggempur baharunya, Federico Chiesa untuk perlawanan berikutnya.

Chiesa dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menggantikan Mohamed Salah ketika turun menentang AC Milan pada saingan Liga Juara-Juara kelmarin biarpun hanya beraksi beberapa minit dalam masa kecederaan.

Prestasi dan tahap kecergasan yang dipamerkan oleh Chiesa membuatkan Slot percaya pemain itu mampu untuk diturunkan pada perlawanan menentang Bournemouth di Anfied malam ini.

“Saya fikir dia sudah bersedia. Kami akan melihat pemain yang kurang diberikan minit permainan untuk turun beraksi pada perlawanan berikutnya. Chiesa sudah semakin cergas dan mencapai tahap terbaik.

“Dia berdepan kesukaran pada pramusim kerana tidak selalu berlatih bersama pasukan utama Juventus menyebabkan dia hanya menjalani latihan sendiri. Jadi, dia perlukan masa bersama kami untuk benar-benar berada di tahap terbaiknya.

“Dia perlukan masa permainan sekarang ini, tetapi saya fikir dia juga bakal berdepan cabaran daripada beberapa pemain yang berada pada tahap terbaik. Kita akan bila masa yang sesuai untuk dia beraksi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI