fbpx

EPL: Dua pemain legakan Ten Hag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOUNT (kiri) dan Hojlund sudah kembali menjalani latihan penuh bersama pasukan itu menjelang aksi menentang Palace selepas pulih daripada kecederaan. - FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mampu menarik nafas lega apabila dua pemainnya yang berdepan masalah kecederaan sebelum ini sudah kembali menjalani latihan menjelang aksi menentang Crystal Palace tengah malam ini.

Selepas berjaya mengesahkan saingan ke pusingan keempat Piala Liga Inggeris dengan kemenangan menyakinkan 7-0 ke atas Barnsley memberikan petanda positif untuk United meneruskan kecemerlangan pada aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park.

Kemunculan Rasmus Hojlund dan Mason Mount yang kembali menjalani sesi latihan penuh bersama pasukan di Carrington sejak Rabu lalu memberikan lebih banyak pilihan buat Ten Hag dalam percaturannya untuk memantapkan jentera serangan.

Hojlund masih belum membuat sebarang penampilan musim ini ekoran masalah hamstring ketika menentang Arsenal pada saingan pramusim, manakala Mount pulan berdepan isu kecergasan ketika mereka tewas berdepan Brighton bulan lalu.

Kehadiran Hojlund bakal memberikan cabaran kepada seorang lagi penyerang mereka, Joshua Zirkzee yang sudah meledak satu gol setakat ini dan ia juga membuka peluang buat Ten Hag untuk menggunakan gandingan kedua-dua mereka sebagai penggempur.

Bagaimanapun, Mount mungkin berdepan kesukaran untuk menembusi kesebelasan utama pasukan ketika pemain baharu Manuel Ugarte sudah mula berjaya memikat hati Ten Hag dan para peminat United.

Gandingan Ugarte dan Kobbie Mainoo dilihat semakin solid untuk membolehkan Bruno Fernandes memberikan tumpuan kepada tugasnya sebagai peranan pemain No. 10 untuk membantu serangan.

Selain itu, Ten Hag juga berpeluang untuk menurunkan pemain pertahanan tengah, Lisandro Martinez yang sudah pulih untuk bergandingan bersama Matthijs De Ligt sambil pertahanan kiri dan kanan akan menjadi milik Diogo Dalot serta Noussair Mazraoui. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI