fbpx

Dr. Osman Bakar Rektor UIAM baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika menyerahkan surat pelantikan kepada Dr. Osman. - Foto Ihsan KPT

PUTRAJAYA – Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar dilantik sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke-tujuh bagi tempoh dua tahun.

Pelantikan itu berkuat kuasa mulai Isnin ini hingga 22 September 2026.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dr. Osman adalah Penyandang Kursi Al-Ghazali, Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), UIAM.

“Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Matematik dari University of London, United Kingdom dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Falsafah Islam dari University of Temple, Amerika Syarikat.

“Beliau adalah seorang tokoh pemikir Islam tersohor dan memiliki reputasi kepimpinan dan kesarjanaan dalam bidang Falsafah dan Ketamadunan Islam yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sehingga dinamakan sebagai 500 orang Islam paling berpengaruh di dunia pada tahun 2009,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KPT berkata dengan pelantikan ini, Dr. Osman akan dapat mengangkat dan meningkatkan kedudukan UIAM sebagai universiti tersohor dalam peradaban Islam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pada masa sama, pihak kementerian merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Prof. Emeritus Dzulkifli Abdul Razak atas jasa dan bakti beliau sepanjang menerajui UIAM sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI