fbpx

Buku ajaran GISBH ditanam, dibakar sekitar rumah keluarga CEO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat buku-buku GISBH yang ditanam rumah keluarga CEO GISBH di Panji, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Polis merampas pelbagai jenis buku berkaitan ajaran bawaan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) yang ditanam dan dibakar berhampiran rumah keluarga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH di Panji, di sini hari ini.

Keadaan lokasi berhampiran kediaman tersebut didapati masih berbau asap dipercayai hasil daripada pembakaran buku-buku tersebut.

Antara buku-buku GISBH yang ditanam sekitar rumah keluarga CEO GISBH di Panji, Kota Bharu hari ini.

Serbuan menerusi Ops Global itu dijalankan kira-kira pukul 7 pagi tadi turut disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik).

Antara buku-buku GISBH yang ditanam sekitar rumah keluarga CEO GISBH di Panji, Kota Bharu hari ini.
Pihak polis memeriksa buku-buku GISBH yang ditanam sekitar rumah keluarga CEO GISBH di Panji, Kota Bharu hari ini.

Serbuan itu dilakukan di tiga buah rumah termasuk kediaman isteri kedua CEO GISBH yang turut didiami seramai lebih 20 kanak-kanak.

Rumah terbabit dipercayai menjadi penempatan kumpulan tersebut sejak puluhan tahun lalu dengan ahli yang sering bertukar-tukar.

Selain itu, puluhan individu termasuk warga emas, bayi dan kanak-kanak turut diperiksa dalam operasi tersebut.

Kesemua mereka berusia daripada enam bulan sehingga 70-an itu dibawa menaiki tiga van polis dan satu van JKM ke pusat saringan selepas Ops Global dijalankan.

Antara yang dibawa adalah isteri kedua kepada CEO GISBH Holdings.

Kesemua mereka adalah antara individu yang ditemui di dalam tiga rumah terbabit yang menjadi penempatan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI